[VIDEO] Kongsi kisah bersalin anak pertama pada usia 16 tahun, gadis ini dedahkan pengalamannya meneran sehingga terlelap

Iklan
online

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang tidak kisah berkahwin pada usia muda muda dan ia sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita.

Dalam hal itu, ada yang okey, namun ramai yang skeptikal sebenarnya dan menganggap keputusan seperti itu tidak patut.

Iklan
Iklan

Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.

Apa-apapun, bagi penulis, ilmu dan kemahiran keibubapaan sangat penting selepas berumah tangga.

Iklan

Bercakap mengenai kahwin muda, pada hari ini, SinarPlus ingin kongsikan pengalaman berharga seorang gadis yang tular di media sosial.

Ya, beliau sudah berkahwin pada usianya baru mencecah 16 tahun dan telah hamil. Kalau ikutkan, beliau sekarang berada di tingkatan empat.

Iklan

Menerusi akaun Tik Tok @_syasyaadira, gadis itu dilihat memuat naik sebuah video momen ketika menahan sakit hendak bersalin anak pertama.

Perkongsiannya mendapat lebih setengah juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Katanya, bukan mudah untuk dirinya yang masih muda perlu berhadapan dengan sakit dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari dan perlu meneran bayi keluar sepenuh kudrat yang ada.

"Seharian tak tidur. Semasa sedang meneran, saya tertidur. Alhamdulillah masa itu ada jururawat dan suami yang membantu dan beri dorongan," tulisnya.

Namun, kongsinya, disebabkan suaminya yang setia menemani di sisi dan memberi sokongan, beliau berjaya melahirkan anak sulungnya pada usia yang cukup muda.

Baca juga: Petugas PPV sangka kepala wanita berdarah, disyaki didera rupa-rupanya…

Dalam pada itu, menerusi video yang sama, @_syasyaadira turut berkesempatan menitipkan pesanan kepada orang ramai agar menghargai isteri di atas perjuangan mereka berkorban nyawa melahirkan zuriat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pelbagai rasa termasuklah memuji tindakan suaminya.

Selain tu, ada juga daripada mereka yang berkongsi pengalaman yang sama seperti @_syasyaadira.