JIKA diperhatikan bermacam-macam cerita dikongsikan baik di media arus perdana mahupun media sosial mengenai gelagat orang ramai hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk proses vaksinasi.

Ada yang segak dalam persalinan bak pahlawan Hang Tuah, ada menyarungkan kostum dinosaur dan terdapat juga hadir dengan bersama bantal dinosaur sebagai peneman.

Bukan itu sahaja, segelintirnya pula terpaksa ditenteramkan petugas kerana takut jarum suntikan, tetapi ada juga yang terlalu teruja sehingga sanggup tiba dua jam awal sebelum slot janji temu.

Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugasPendek kata, macam-macam ragam berlaku di PPV seluruh negara. Ini termasuklah gelagat seorang wanita yang hadir ke pusat vaksinasi dalam keadaan rambut basah kuyup.

Difahamkan, para petugas PPV terkejut kerana menyangka kepala wanita itu berlumuran darah, namun rupa-rupanya tidak.

Menurut pengguna Facebook yang juga merupakan seorang pelakon tempatan, Thain Siew Kim ceritanya bermula apabila ibunya mendapat slot janji temu suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, pada waktu itu ibunya sedang mewarnakan rambut di rumah dan bimbang untuk ke PPV kerana proses rambut itu belum siap.

Pun begitu, selepas mendengar adik Thain menyatakan ‘suntik vaksin pada lengan, tiada kena mengena dengan kepala’, ibunya segera bersiap dan menuju ke PPV iaitu lokasi sama Thain menerima vaksin walaupun pewarna rambut belum dicuci.

pewarna rambutSelain itu, dalam hantaran tersebut Thain juga menjelaskan ibunya berbangsa Thai dan bertutur dalam bahasa Thai sahaja. Jadi beliau harus menemani ibunya sepanjang proses vaksinasi.

Tutur Thain, melihat kepala ibu yang basah dan berwarna merah petugas di sana menyangka ia berdarah sehingga memeriksa bahagian kepala sekiranya mengalami luka.

Bahkan, mencari ambulans kerana beranggapan ibu beliau cedera.

wanita vaksin
PETUGAS pusat vaksinasi menyangka kepala seorang wanita cedera dan berdarah, tetapi rupa-rupanya ia adalah pewarna rambut yang belum dicuci.

“Petugas kesihatan bertanya jika dia (ibu) benar-benar baik saja dan tidak sakit.

“Mereka juga mengesyaki saya bukan anak perempuannya dan ingin melihat nama keluarga saya sama dengan nama keluarga yang diambil ketika berpindah ke Malaysia dan berkahwin.

“Saya juga disyaki sebagai majikan yang telah mendera pembantu rumah hingga kepalanya berlumuran darah!,” tulisnya lanjut.

Pun demikian, selepas selesai segala keraguan petugas PPV melayan ibunya dan mengambil gambar bersama.

Inisiatif wanita tersebut sanggup memenuhi slot janji temu yang diperoleh, waima dalam keadaan sedemikian harus dipuji.

Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama beliau tetap hadir walaupun belum sempat mencuci pewarna rambut. Syabas!

 

Sumber: Astro Awani

Iklan

 

 

 

 

Iklan