Jangan lupa follow kami di Instagram!
BERKAHWIN dan hidup bahagia merupakan harapan setiap pasangan selepas lafaznya akad ikatan suci sebagai suami isteri.
Pun demikian, dalam melayari bahtera perkahwinan bermacam-macam dugaan dan cabaran perlu diharungi khususnya bagi seorang isteri.
Nak atau tidak, suka atau tak suka para isteri perlu bersabar dan tabah dengan apa jua ujian yang datang.
Boleh dikatakan tidak semua semua wanita bernasib baik dalam perkahwinan kerana bergantung pada pasangan.
Ada yang hampir semua kerja rumah dibuatnya sendiri walaupun suami belum meninggal dunia.
Kalau berjodohan dengan pasangan tidak seperti yang diimpikan, maka sabar dan bertabahlah selagi bersamanya. Kekuatan wanita terletak pada dua perkara itu sahaja.
Walaupun orang luar nampak adalah mustahil untuk diteruskan, dipertahan, diselamatkan, tapi berbekalkan kesabaran dan ketabahan isteri, adakalanya suami perangai kurang elok kembali ke pangkal jalan.
Baca juga Stres potensi diabetes, darah tinggi. Amalkan 3 tip mudah ini
Doa, doa dan doa tanpa henti ketika sedang bersabar dengan tingkah laku dan perbuatan pasangan.
Bertabahlah dalam meneruskan langkah berbekalkan harapan dan mengharapkan kenyataan bahawa ALLAH tidak membebani hamba-NYA melebihi kemampuan.
Semoga esok lebih baik daripada hari ini dan sentiasa membahagiakan diri sendiri berbanding meminta orang lain membahagiakan kita.
Sumber: Firdaus Syakirin