Jangan lupa follow kami di Instagram!

STRES adalah sesuatu yang membebankan minda mengikut situasi seseorang. Tahap stres juga berbeza walaupun puncanya sama.

Stres terbahagi pada dua kategori:

1. Eustress
Merupakan stres baik bagi memberikan tekanan pada seseorang agar menjadi lebih baik.

Contohnya seorang pekerja mengalami stres untuk melakukan pekerjaan, maka sudah tentu ia mendorong melakukan terbaik berbanding menangguhkan kerja.

2. Distress
Stres buruk yang menyebabkan sesorang itu mengalami gangguan mental dan mungkin menjadi sakit. Ini disebabkan cabaran yang diterima di luar kemampuan.

Contohnya seorang pekerja itu diminta membayar hutang RM100,000 dalam masa tiga hari.

Apabila berhadapan dengan stres melampau tubuh akan bertindak balas sehingga menyebabkan ketidakseimbangan hormon adrenalin dan kortisol.

Pada masa sama, minda pula berusaha memikirkan jalan penyelesaian, maka tubuh memberikan respon sehingga jantung berdegup laju termasuk lebih banyak darah kepada otak dan anggota tubuh lain.

Organ pankreas juga menghasilkan lebih banyak hormon glukagon dan kurang menghasilkan hormon insulin.

Hal itu akan menyebabkan tahap gula dan kolesterol kekal tinggi dalam saluran darah.

Cuba bayangkan jika kita mengalami stres kronik. Ini akan mengundang masalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol yang tinggi.

Akhirnya menyebabkan serangan sakit jantung atau strok.

Tanda-tanda stres
1. Fizikal terganggu

  • Degupan jantung menjadi laju
  • Tekanan darah meningkat
  • Rasa sakit belakang atau leher
  • Rasa pening kepala
  • Bernafas dengan laju

2. Mental terganggu

  • Rasa tertekan
  • Fikiran bercelaru
  • Lemah daya ingatan
  • Tidak respon terhadap sesuatu yang melucukan

3. Emosi terganggu

  • Mudah marah
  • Sering berasa kecewa
  • Selalu merungut
  • Selalu berasa takut
  • Mudah sentap

uban

Kesan stres terhadap kesihatan:
1. Penyakit

  • Sukar mengawal penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia.
  • Ini kerana stres akan mengeluarkan lebih banyak hormon stres seperti adrenaline, cortisol dan glucagon, sekali gus meningkatkan tahap gula, tekanan darah dan tahap kolestrol dalam tubuh.

2. Serangan sakit jantung dan serangan strok

Iklan
  • Kombinasi masalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol yang tinggi akan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Saluran darah tersumbat dan darah mudah menjadi pekat dan beku.

3. Masalah insomnia

  • Stres akan menyebabkan fikiran terganggu dan sukar tidur. Kurang tidur akan menyebabkan tahap gula, tekanan darah dan tahap kolestrol dalam darah meningkat.

4. Mudah dijangkiti kuman

  • Stres akan menyebabkan sistem pertahanan tubuh akan menurun. Ini disebabkan kebanyakan tenaga dalam tubuh digunakan untuk menghadapi stres.
  • Dalam fenomena “fight or flight”, banyak oksigen dan tenaga dialihkan kepada anggota tubuh untuk melawan atau menyelamatkan diri. Ini menyebabkan sistem daya tahan kekurangan sokongan.
  • Ini memudahkan jangkitan kuman (sama ada virus, bakteria atau parasite).

5. Gastritis dan luka perut

  • Apabila stres lebih banyak asid dikeluarkan dalam perut. Ini menyebabkan keradangan pada lapisan dalam perut dan mengalami luka.

Baca juga ‘Tidak’ dibenarkan sakit, hospital kurang katil. Doktor pesan orang ramai jaga kesihatan

Tip atasi stres:
1. Aktiviti fizikal

Iklan
  • Luangkan masa kira-kira 30 minit setiap hari berbasikal, berjoging, menari, menanam bunga ataupun membakar kek.

joging lari

2. Rawatan spa

  • Menjalani sesi urutan relaks menggunakan minyak pati seperti haruman bunga lavender memberikan ketenangan.

famili spa

3. Nikmati coklat

  • Jika enggan berbelanja di spa atau berriadah, apa kata korang menonton televisyen kegemaran sambil menikmati coklat.
  • Snek lazat membantu mengurangkan kemurungan, dan stres termasuk membekalkan sumber tenaga. Coklat hitam misalnya, dikatakan baik kerana mengandungi lebih 70 peratus nutrisi.
  • Tambahan pula kaya flavonoids dan antioksidan yang melindungi sel tubuh daripada penyakit.
coklat
Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad, Public Health Malaysia