[VIDEO] Resipi Ayam Masak Kicap Berempah dengan sambal. Terlajak sedap menambat selera

Iklan
kicap

 

DALAM kebanyakan resipi ayam, Ayam Masak Kicap antara resipi yang menjadi pilihan ramai kerana penyediaannya yang mudah.

Iklan
Iklan

Berbicara mengenai sajian ini, tentunya korang akan terbayangkan ketulan ayam yang dihindangkan dalam kuah kicap yang berempah.

Kombinasi ayam digoreng empuk dengan bahan-bahan seperti kicap dan rempah ratus cukup enak. Kuah kicap pula dibiarkan meresap ke dalam isi ayam menjadikannya lazat berperisa.

Iklan

Penambahan daun kari dalam masakan in juga memberika aroma yang lazat dan sungguh menyelerakan. Apabila dimakan dengan sambal memang serasi dan padu! Ayuh ketahui bahan dan cara penyediannya.

Iklan

Bahan-bahan ayam kicap

Setengah ekor ayam

Kicap

2 biji bawang merah besar

3 ulas bawang putih

5 biji cili merah

1/2 inci halia

2 batang serai

4 tangkai daun kari

Sos tiram

Cuka

Air

Bahan untuk sambal

4 ulas bawang merah

3 ulang bawang putih

15 biji cili merah

Minyak masak secukupnya

Garam

Gula

Belacan

Air perahan limau nipis

Cara penyediaan ayam

1.Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng ia sehingga masak dan garing.

2.Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan halia.

3.Tumiskan bahan kisar bersama serai yang dititik dan daun kari sehingga pecah minyak.

4.Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan gaul sebati.

5.Masukkan pula ayam yang siap digoreng dan sedikit cuka.

6.Siap dihidang.

Cara penyediaan sambal

1.Goreng bahan-bahan sambal sehingga layu.

2.Pindahkan bahan sambal ke dalam lesung batu.

3.Tambahkan garam, gula dan belacan. Tumbuk sehingga hancur kemudian masukkan air perahan limau nipis dan tuang sedikit minyak panas.

Sajian ini dipopularkan oleh sebuah restoran dan mendapat sambutan ramai.

Baca juga: Aiskrim Durian ‘homemade’ 5 bahan, sedap dan gebu

Jadi, apa kata kita cuba sediakan sendiri di rumah, resipi juga sangat mudah. Buat sendiri lebih jimat, biar puas ahli keluarga berulang menikmatinya dengan kos yang lebih rendah.

Sumber: TikTok