DURIAN merupakan buah kegemaran ramai orang. Malah raja buah ini sentiasa menjadi tumpuan peminatnya terutama pada musim durian sekitar Jun hingga Ogos setiap tahun.

Memandangkan sekarang musim buah ini dan durian banyak di pasaran dan harganya agak murah, ramai yang mempelbagaikan cara penyediaannya. Ada yang kreatif menggunakan durian sebagai kek, bahkan ada yang membakarnya dengan keju!

Salah satu yang korang boleh cuba ialah membuat sendiri Aiskrim Durian. Lembut, sedap dan tekstur segegu aiskrim dijual dipasaran.

Perkongsian resipi aiskrim durian Uwan Nolly Epin ini boleh korang jadikan panduan untuk menyediakan resipi aiskrim durian ‘homemade’ yang mudah dan lazat. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Baca juga: Hainan Chicken Rice, resipi mudah disediakan

Aiskrim Durian ‘homemade’ 5 bahan, sedap dan gebu

Bahan – bahan
6 hingga 10 ulas durian
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil ovelette
Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan
1.Kisar semua bahan-bahannya sehingga sebati.
2.Masukkan ke dalam mixer dan pukul selama 20 hingga 30 minit sehingga gebu.
3.Titiskan sedikit pewarna kuning.
4.Tuangkan adunan ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut.
5.Bekukan di dalam peti sejuk beku bahagian sejuk beku.

Iklan

Mudah sahaja kan? Rugi kalau tidak mencuba. Memang nikmat sungguh makan aiskrim ni bila cuaca panas, tanpa perlu bersusah payah membeli di kedai lagi.

Baca juga: [VIDEO] Homemade Yee Mee simple dan sedap, padu macam di restoran

Iklan

Sebenarnya, macam-macam resepi kita boleh buat dengan menggunakan durian. Antara yang terkenal termasuklah Durian Crepe, Cream Puff Durian, Kek Keju Durian, Seri Muka Durian, Jem Durian dan tidak lupa, Tempoyak.

Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni (Uwan Nolly Epin)