PERBUATAN menunjukkan kemaluan kepada orang awam adalah melampau dan menyimpang daripada kebiasaan manusia normal.
Ia biasanya berlaku di kawasan awam yang menimbulkan trauma dan ketakutan kepada para wanita terutamanya wanita.
Kelakuan ‘tayang anu’ ini dipanggil Exhibitionism. Menurut Public Health Malaysia, Exhibitionism bermaksud perbuatan suka menunjukkan kemaluan kepada orang awam untuk keterujaan seksual yang menyimpang daripada tingkah laku seksual.
Lazimnya, para pelaku hanya akan menayangkan kemaluan mereka dan tidak melibatkan sentuhan seksual atau pemerkosaan.
Berbicara mengenai kelakuan sumbang ini, adalah dinasihatkan korang semua berhati-hati ketika berada di tandas awam, taman awam, lorong kawasan perumahan, di dalam pengangkutan awam dan sebagainya.
Difahamkan, tandas awam menjadi 'hot spot' bagi para pelaku atau ‘exhibitionist’.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Mereka biasanya akan berdiri di tempat urinal sebelum mula beraksi dengan menunjukkan kemaluan kepada orang awam.
Ia merupakan satu isu kesihatan mental dimana perilaku individu tersebut dikenali sebagai ‘exhibitionist.’
Baca juga Lelaki lebih mudah sakit mental, pentingkan imej macho
Bayangkan jika situasi ini berlaku pada kanak kanak, sudah tentu mereka berasa takut dan keliru.
Sekiranya korang berhadapan dengan mereka, jangan tunjukkan reaksi, segera keluar untuk dapatkan bantuan. Lari segera dan laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Selain itu, memetik portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan apabila melalui situasi mencemaskan ini.
1.Lihat ke arah lain.
2.Berlalu dari kawasan itu.
3.Jangan menunjukkan sebarang respons.
4.Beritahu orang lain seperti ibu bapa, guru atau ahli keluarga.
5.Buat laporan polis.
Baca juga Setahun Dirogol, Liwat, Akhirnya Bapa Dan 3 Abang Dicekup. Derita Remaja Perempuan Berakhir
Faktor yang menyebabkan seseorang menjadi ‘flasher’ tidak diketahui secara pasti. Memetik halaman allaboutcounseling.com, perlakuan tayang anu ini disyaki berpunca daripada sejarah lampau penderaan dan latar belakang pelaku daripada keluarga yang berantakan.
Di samping itu, terdapat juga penjelasan biologi di mana ia disebabkan oleh hormon testosteron berlebihan sehingga seseorang mengalami penyelewengan seksual.
Tiada fakta jelas berapa ramai yang mengalami kelakuan 'exhibitionism' ini. Psikoterapi dan ubat-ubatan tertentu berkesan untuk merawatnya.
Sumber: Public Health Malaysia, myhealth.gov.my