TENAGA elektrik merupakan keperluan asas untuk hidup buat masa kini. Tanpa sumber eleketrik pasti aktiviti rutin harian akan terganggu.
Lebih-lebih lagi apabila lagi kebanyakan peralatan moden masa kini yang digunakan turut memerlukan sumber tenaga itu untuk berfungsi.
Tahukah korang pada tarikh yang sama, 3 Ogos 1996 seluruh Semenanjung Malaysia pernah bergelap selama 12 jam?
Peristiwa 25 tahun yang lalu itu mungkin tidak diketahui generasi muda yang lahir tahun 2000 ke atas.
Baca juga Risau Elektrik Melambung Ketika Cuaca Panas? Ini Panduan Jimat TNB
Namun bagi yang lahir pada era 80an dan sebelumnya, pasti masih mengingati insiden tersebut itu.
Kejadian pada 3 Ogos 1996 iaitu selepas enam tahun Tenaga Nasional Berhad (TNB) diswastakan dari Lembaga Letrik Negara (LLN).
‘Black out’ terbesar dalam sejarah negara itu dikatakan berpunca dari kerosakan pusat jana kuasa di Paka, Terengganu pada 5.17 petang yang menyebabkan semua stesen jana kusa di seluruh semenanjung gagal membekalkan kuasa eletrik.
Keadaan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang pada ketika itu menjadi tidak tentu hala malah aktiviti harian orang ramai terbantut.
Sistem lalu lintas yang tergendala, malah lebih parah lagi aktiviti komersial negara lumpuh.
Kerugian yang ditanggung oleh pengilang pada hari tersebut sahaja dianggarkan RM 123 Juta mengikut pengiraaan yang dilakukan Persatuan Pekilang –Pekilang Malaysia (FMM).
Malah pihak TNB sendiri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 13.6 juta dan RM10 juta tambahan bagi menampung kerosakan peralatan.
Susulan dari itu, kerajaan kemudiannya telah meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai perniagaan penjanaan elektrik bagi mengelakkan insiden yang merugikan semua pihak ini terjadi lagi.
Kesan daripadanya juga saham utama TNB jatuh mendadak.
Kejadian elektrik terputus di seluruh negara bukan sahaja pernah berlaku sekali, malah turut terjadi pada tahun sebelumnya iaitu 29 September 1992 dan tahun 2003 yang melibatkan Selatan Semenanjung Malaysia.
Sumber: Buletin TV3, Wikipedia