CUACA panas yang dijangka berterusan hingga bulan depan boleh menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi.

Justeru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan panduan bagi menjimatkan tenaga elektrik pada waktu cuaca panas.

Seiring dengan negara masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan masih bekerja dan belajar di rumah, jom kita amalkan penggunaan elektrik yang lebih cekap dan efisien dengan tip berikut:

1. Mematikan penyaman udara, kipas dan lampu di dalam bilik yang kosong serta mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai digunakan.

2. Ketika cuaca panas terik tindakan menutup tingkap dengan langsir tebal boleh menghalang haba masuk dan bebankan pendingin hawa, semakin kurang beban pada penyaman udara untuk menyejukkan bilik, semakin rendah penggunaan elektrik.

3. Menghidupkan kipas pada waktu malam membantu penggerakan udara di dalam bilik selepas beberapa jam penyaman udara dihidupkan, suhu bilik akan berada dalam keadaan selesa dan menetapkan masa untuk mematikan penyaman udara juga boleh menjimatkan penggunaan elektrik.

4. Cuaca yang panas ini boleh dimanfaatkan dengan menjemur pakaian daripada menggunakan mesin pengering pakaian dan elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan.

5. Pengguna digalak memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.

6. Bagi pengguna alat pemanas air, tekan suis air panas hanya apabila ingin digunakan dan tutup sejurus selesai. Elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan.

Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

7. Alat pendingin hawa perlu sentiasa diselenggara. Penapis pendingin perlu dibersihkan bagi memaksimumkan proses penyejukan selain mengelak daripada aliran udara terhalang akibat disekat habuk yang boleh mengurangkan kecekapan pendingin hawa itu.

8. Meter Pintar berupaya memantau penggunaan elektrik secara langsung, oleh itu, pengguna boleh mengendalikan tenaga dengan lebih efisien kerana meter ini boleh menghantar maklumat penggunaan tenaga kepada pengguna.

Iklan

9. Jimatkan tenaga, pastikan barangan di dalam peti sejuk tersusun kemas!

10. Tutup suis komputer jika tidak digunakan. Seperti manusia, komputer pun perlu rehat juga!

Baca juga Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini dibuka

Iklan

11. Kumpul dan gosok baju dengan kuantiti yang banyak setiap minggu.

12. Gunakan lampu LED untuk penjimatan dan kelestarian bersama.

13. Tutup lampu di siang hari. Pencahayaan semulajadi baik untuk kesihatan mata.

14. Pastikan cucian penuh! Kumpulkan baju untuk penggunaan mesin basuh yang optima.

Dan yang paling penting, luangkan lebih masa bersama keluarga. Lupakan seketika semua gadget!

Sumber: TNB