KECEKAPAN dan kepantasan menjadi taruhan demi memburu tempat pertama. Tidak sekadar keberanian, jentera atau basikal yang akan digunakan juga menjadi salah satu faktor faktor utama bagi seorang atlet berbasikal.
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menjadi harapan negara untuk mendapatkan pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung.
Baru-baru ini, Azizulhasni berkongsi tentang sebuah video basikal model WX-R Vorteq yang akan menjadi ‘senjata’ utamanya di Velodrom Izu.
Baca juga Azizulhasni Cukur Semua Bulu Roma Sebelum Berlumba? Ini Sebabnya
Basikal itu dihasilkan melalui pelaburan besar Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat United Kingdom, TOTALSIM Ltd. sejak empat tahun lalu yang menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba.
Jentera hebat itu dibina khas bagi membolehkan Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mempamerkan aksi terbaik di Olipmpik Tokyo 2020.
Kedua-dua mereka dibekalkan tiga buah basikal bagi setiap seorang.
[caption id="attachment_54940" width="787"] Laman web wx-r.com turut berkongsi harga bagi tayar hadapan basikal terbabit iaitu GBP6,000 atau kira-kira RM35,000[/caption]
Baca juga Tokyo 2020: Dah Kalah, Tetapi Boleh Berlumba Lagi? Ini Maksud Repechage Dalam Acara Berbasikal
Semalam, Azizulhasni mengesahkan tiket ke pusingan ketiga atau 1/8 itu apabila mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes pada perlumbaan repechage 1/16.
Sementara itu Azizulhasni berkata, beliau sedih kerana tidak dapat memperbaiki masa peribadi terbaiknya pada perlumbaan pada Rabu.
Azizulhasni pernah melakar sejarah apabila menjadi atlet berbasikal trek pertama negara memenangi pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu memegang rekod kebangsaan 9.548 saat yang dicatatkan di Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman tahun lalu.
Foto:Instagram dan Facebook Datuk Azizulhasni Awang, www.wx-r.com