[VIDEO] Kreatif! Lelaki ini buat payung guna pembungkus makanan sahaja. Macam-macam brand ada

Iklan
payung

PAYUNG adalah antara benda yang wajib digunakan tidak kiralah sama ada semasa hari hujan atau panas.

Namun, terdapat satu kisah menarik yang ingin SinarPlus kongsikan pada hari ini mengenai seorang pemuda yang handal menjahit payung dengan menggunakan pembungkus makanan sahaja.

Iklan
Iklan

Ya, pembungkus makanan plastik!

Menerusi akaun TikTok @ovolokakaw, beliau menunjukkan bakatnya dalam menjahit dan menghasilkan sekaki payung yang cukup menarik perhatian ramai.

Iklan

Jika diamati, video tersebut diketengahkannya dalam siri upcycling.

Lebih menarik, beliau menunjukkan proses yang lengkap dalam penghasilan payung yang diperbuat daripada pembungkus makanan tersebut.

Iklan

Macam susah nak percaya, tetapi memang ya, pembungkus-pembungkus makanan tersebut terdiri daripada plastik yang sering dibuang.

Antaranya seperti pembungkus mi segera, keropok, roti dan sebagainya.

Pada masa sama, menerusi satu video upcycling lain, beliau juga pernah mencipta pouch bag dan tote bag hanya dengan menggunakan kain terpakai sahaja.

"Itu merupakan kali pertama saya mencuba rekaan upcycling.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hasil lelaki tersebut.

Baca juga: Guna bahan kitar semula buat baju dan dulang, Olimpik Tokyo 2020 memang hebat

Kata mereka, ia bukan sahaja unik malah mesra alam.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram