Shuib lihat air mata Siti Sarah mengalir ketika nazak, saat panggilan video terakhir

Iklan
6

PEMERGIAN Siti Sarah Raissudin memberikan kesan mendalam kepada ramai termasuk rakan artis dan para peminatnya.

Suaminya, Shuib Sepahtu memaklumkan sempat membuat panggilan video terakhir ketika isterinya, Allahyarham Siti Sarah sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Iklan
Iklan

Shuib berkata, dalam momen terakhir itu, beliau sempat melihat air mata Sarah mengalir ketika membuat panggilan video seolah-olah memahami apa yang dibualkan bersama anak-anak.

Iklan

Baca juga ‘Seolah Beliau Sedang Mengejar, Memberatkan Timbangan Amal Kebaikannya…’ – Nadir Al Nuri

"Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa.

Iklan

"Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.

"Saya sempat ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi.

"Namun, saya tidak dibenarkan bertemu arwah. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah,” katanya.

Reda di atas pemergian Siti Sarah, Shuib berkata beliau berhadapan kesukaran untuk memaklumkan perkara itu kepada tiga anak mereka.

"Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibunya,” katanya.

Baca juga Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

Shuib berkata arwah jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, iaitu bersebelahan kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad.

"Arwah memang minta dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya.

"Jika berbual soal kematian, arwah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah Raissudin meninggal dunia setelah 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.