Jangan kongsi screen shot sijil digital, nombor batch vaksin di media sosial. Ini sebabnya…

Iklan
3

SEHINGGA 12 Ogos 2021, sebanyak 40 peratus populasi dewasa Malaysia di seluruh negara telah menerima dua dos vaksinasi Covid-19.

Bagi mereka yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 akan memperolehi sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Iklan
Iklan

Sijil digital vaksinasi yang dipaparkan pada MySejahtera ini akan digunakan untuk pelbagai urusan seperti perjalanan merentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain.

Iklan

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah syarikat dipercayai di Kedah yang menawarkan perkhidmatan percetakan sijil digital vaksinasi serendah RM15 melalui laman sosial.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.

Iklan

Katanya, orang ramai boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya. Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan ia tidak perlu langsung untuk mencetak.

"Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR)," katanya.

Selain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.

"Masing-masing ada kad itu dan saya pernah jumpa rakyat yang 'laminate' kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad. Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya.

"Guna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Baca juga Tak Amanah, Jururawat Suntik 8,600 Orang Dengan Air Garam, Ganti Vaksin Covid-19

Susulan penjualan sijil digital di media sosial, Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis akan menjalankan siasatan terhadap penjualan sijil digital vaksinasi palsu tersebut termasuk di platform e-dagang.

Melihat perkembangan semasa selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap dos suntikan vaksin baru-baru ini sedikit sebanyak menyukarkan golongan antivaksin ataupun yang sengaja tidak mahu mengambil vaksin menikmati kelonggaran yang diumumkan.

Justeru, usah membuka peluang kepada golongan tidak bertanggunjawab menggunakan maklumat peribadi kita untuk tujuan berkaitan sijil digital vaksinasi.

Perkongsian tip keselamatan siber daripada pengguna TikTok @dayanakemesky ini perlu diambil perhatian terutamanya bagi yang gemar berkongsi rakam layar dokumen vaksinasi di media sosial.

- Jangan tunjuk status MySejahtera.

- Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.

- Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin

Selain itu, @dayanakemesky yang juga seorang jurutera teknologi maklumat berkata perkara tersebut sekiranya didedahkan akan membuka ruang kepada ‘pencuri’ identiti dan penggodam.

Diharapkan korang yang sudah memuatnaik informasi ini terus bertindak memadamkannya sebelum ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian,@dayanakemesky