SEORANG jururawat antivaksin di Jerman didakwa kerana tidak memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada 8,600 individu, sebaliknya menyuntik mereka dengan larutan air garam.

Seperti laporan Daily Mail, siasatan polis mendapati jururawat Palang Merah tersebut mungkin telah memberi suntikan palsu kepada ribuan warga emas pada awal musim bunga lalu.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa berkenaan pada Selasa menggesa ribuan orang yang menerima suntikan dos pertama di pusat vaksinasi di Friesland untuk mendapatkan satu lagi vaksin Covid-19 setelah penipuan tersebut terbongkar.

Baca juga Scammer Buat Hal, Ribuan Warga India Disuntik ‘Vaksin’ Air Garam

Mujur Rakam Video, Bukti Vaksinator Tak Tekan Picagari Vaksin

Walaupun larutan air garam tersebut tidak berbahaya, kebanyakan individu yang mendapat vaksin ‘palsu’ pada bulan Mac dan April adalah golongan warga emas berisiko dijangkiti virus Covid-19 dan yang berpotensi membawa maut.

Iklan

Kes tersebut masih dalam siasatan dan motif kejadian menjadi tanda tanya. Tidak dapat dipastikan sama ada suspek di tahan atau didakwa. Kes berkenaan difahamkan telah diserahkan kepada Unit Khas.

Sebelum ini, kes memberikan suntikan air garam sebagai vaksinasi palsu berlaku di India gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab scammer bermotifkan keuntungan.

Iklan

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail