JIKA dahulu, ibu atau ayah akan kerap mengingatkan kita untuk memakai selipar ketika keluar rumah.
Kata mereka, bimbang cacing boleh masuk ke dalam badan kita tanpa sedar terutamanya ketika memijak tanah atau pasir.
Ketika zaman kita masih kanak-kanak, mak dan ayah kita mesti akan beri kita makan ubat cacing.
Pun demikian, menjelang dewasa, ramai yang terlepas pandang dan mengambil mudah mengenai pemakanan ubat berkenaan.
Sebenarnya, pengambilannya sangat penting dalam kehidupan seharian.
Prihatin dengan keadaan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Faezatul Atiqah tampil berkongsi pengalamannya di akaun TikTok @faetahz.
Katanya, kejadian itu berlaku lima tahun dahulu ketika berusia 17 tahun seusai beliau menghadiri satu kem di sekolahnya.
Jelasnya dalam video yang sama, doktor telah mengesahkan beliau hampir buta pada waktu itu.
Semuanya bermula apabila matanya berasa gatal dan kelihatan seperti benang yang sedang bergerak.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Lebih parah, pada keesokkan harinya, matanya semakin kabur dan keadaan itu mendesaknya untuk merujuk doktor dan pakar kesihatan di klinik dan pusat perubatan berdekatan.
Alangkah terkejutnya gadis itu apabila doktor memaklumkan terdapat cacing yang telah berjaya memasuki matanya dan telah menyebabkan jangkitan kuman.
"Nasib baik ia (cacing) belum menyentuh bebola mata hitam saya.
Pada masa sama, Faezatul Atiqah turut berkongsi bahawa doktor juga mencadangkan agar ubat cacing bagi orang dewasa diambil sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Baca juga: Jangan abaikan rungutan anak jika mereka mengadu gatal pada bahagian dubur
Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus, jadikan kisah wanita berkenaan sebagai pengajaran buat kita semua.
Diharapkan dengan insiden yang dikongsikan itu sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran untuk memakan ubat cacing.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Instagram!