Demi keselamatan, jangan guna dapur jenis kaca lebih dari dua jam. Ini sebab-sebabnya...

Iklan
dapur kaca

BARU-BARU ini, menerusi satu entri di Facebook, seorang pengguna dapur jenis kaca (tempered) berkongsi alat itu telah pecah ketika beliau sedang memasak.

Katanya, dapur tersebut baru dibelinya dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, insiden yang sama juga pernah berlaku kepadanya.

Sebenarnya, apakah punca dapur jenis itu berderai?

Iklan

Apakah bahan-bahan yang digunakan semasa pembuatannya mempengaruhi keadaan tersebut?

Menjawab kepada persoalan tersebut, SinarPlus berkongsi pendapat seorang pengguna di platform yang sama, Faizzuddin Abd Razak.

Iklan

Tulisnya, terdapat banyak jenis bahan binaan material yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.

"Oleh itu, ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama anda," beritahunya.

Mengulas lanjut, Faizzuddin berkata, dapur kaca tempered digunakan menggantikan dapur borosilikat kerana ia kelihatan cantik di samping lebih tahan haba, tidak bertindak balas, tidak mengalirkan elektrik dan kalis air atau gas.

Namun demikian, beliau setuju bahawa dapur tempered mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul.

Berikut beberapa tip yang dikongsikan oleh Faizzuddin bagi mereka yang mempunyai dapur kaca tempered:

i) Jangan tutup permukaan kaca.

  • Setengah daripada kita sayang akan dapur kerana bimbang tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun demikian, dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.

ii) Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar.

  • Penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur tersebut mudah retak.

iii) Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

iv) Maksimumkan penggunaan secara berterusan selama dua jam sahaja. Ini kerana penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.

v) Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah.

  • Sebaliknya, tunggu sehingga dapur sejuk terlebih dahulu agar tidak berlaku 'kejutan' ke atas perubahan suhu yang drastik lalu menyebabkannya retak.

Oleh itu, buat kaum ibu yang mempunyai dapur jenis itu di rumah, diingatkan agar tidak melakukan tindakan yang boleh menyebabkan haba 'terkurung' semasa memasak.

Berhati-hatilah dalam penggunaannya.

Baca juga: 3 bahan dapur boleh rawat kebas pada kaki, tangan. Ini petua orang dulu-dulu

Jangan lupa, kongsi info ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan ya.

Semoga bermanfaat!

Foto: MATJO dan Faizzuddin Abd Razak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!