SEORANG wanita di Facebook telah berkongsi petua mudah ini.

Adakalanya, lipas sudah dihalau dari kabinet dapur mahupun almari baju. Namun, bau lipas yang kuat masih melekat pada perkakas dapur dan pakaian.

Petua ini begitu mudah:

1. Dapatkan sebuku sabun wangi. Gunakan sabun yang menggunakan pewangi yang sesuai seperti lemon atau serai wangi. Elakkan sabun antibacterial atau berubat memandangkan baunya mirip bau ubat dan sabun. Kalau letak ubat gegat untuk halau lipas, bau tak berapa nak sedap. Bau lipas sangat kuat kadang-kadang lipas sudah tiada, bau lipas yang kuat itu masih melekat dalam almari baju.

Hilangkan bau lipas
GUNAKAN sabun yang sesuai untuk menghilangkan bau lipas.

2. Potong kepada kiub kecil bersaiz 2cm x 2cm.

3. Letakkan di kawasan yang dikehendaki seperti setiap sudut dalam kabinet dapur.

Iklan

4. Siap! Bau lipas sudah hilang. Malah dapat mengelakkan lipas dari berkeliaran di dalam kabinet dan almari baju. Tips ini boleh juga digunakan untuk rak kasut yang bertutup.

Iklan

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH.COM