On duty stylist Perdana Menteri, Jovian Mandagie menata gaya ibu bapa mertua

Iklan
16

PEREKA fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie nampaknya menjaga penampilan ibu dan bapa mertuanya.

Menantu kepada Perdana Menteri kesembilan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yang baru dilantik itu dilihat berkongsi foto menata rias bapa mertuanya sebelum siaran langsung ucapan khas jam 5.30 petang semalam.

Iklan
Iklan

Iklan

Malah untuk Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Lantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Balai Singgahsana Kecil di Istana Negara, Jovian turut dipertanggungjawabkan menyediakan persalinan baju Melayu dan dan baju kurung buat mentuanya.

Iklan

Baca juga Anak Menantu Perdana Menteri Sumbang Duit Jualan Mask, Turun Padang Sendiri Bantu Golongan Memerlukan

Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri memakai baju Melayu hitam manakala isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menggayakan baju kurung berona ungu muda yang indah dengan perincian renda, manik, bunga-bungaan tiga dimensi dan batu kristal.

 

Terdahulu, pada sekitar tahun 2020 semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri juga pernah tampil dengan pelbagai baju batik yang bergaya, berwarna ceria dan cantik.

Susulan itu, beliau mendapat pujian warga maya hingga ada yang memadankan pilihan warna dengan pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut.

Ternyata, selain tatarias yang dibantu isteri, Datin Seri Muhaini, Ismail Sabri berkata kepada portal berita tempatan, menantunya Jovian Mandagie juga selalu menasihatkannya mengenai pakaian.

Jadi, tidak hairanlah jika pereka lulusan Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan Universiti Lim Kok Wing itu menjadi penata gaya bapa mertuanya.

Datuk Jovian Mandagie berkahwin dengan anak sulung Datuk Seri Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeannelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.

Sumber: Instagram @jmandagie, @ismailsabri60, @istananegara