DATUK Jovian Mandagie bukanlah nama asing dalam dunia fesyen tanah air.

Walaupun statusnya sebagai pereka fersyen ternama kepada golongan sosialit, lelaki berusia 35 tahun itu tidak lupa tanggungjawab sosial membantu mereka yang memerlukan pada situasi pandemik ini.

Datuk Jovian dan isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri kelihatan tidak kekok turun padang membantu golongan yang memerlukan hingga ke ceruk kampung.

Di bawah kempen #JovianMaskForMalaysia, RM5 daripada jualan daripada pelitup muka itu disumbangkan kepada masyarakat dalam bentuk bantuan makanan dan keperluan di beberapa lokasi seperti Hulu Langat, Gombak dan Semporna, Sabah.

“ALHAMDULILLAH minggu lepas saya turun ke Hulu Langat bersama @ninaismailsabri , velo cycling club dan dibantu @zer0hungerorg untuk distribusi wang dari #JovianMaskForMalaysia.

“Total kutipan dah cecah Sekitar RM178,845 dengan jumlah 2,235 isi rumah yang kami dapat bantu dan salurkan. Kalau ada rezeki kami bantu banyak lagi. InsyaAllah.

“Thank you all Jovianista yang memberikan sokongan dan membeli koleksi Mask Bunga Raya god bless,” katanya.

Baca juga On duty stylist Perdana Menteri, Jovian Mandagie menata gaya ibu bapa mertua

Iklan

Koleksi pelitup muka Bunga Raya dilancarkan pada dua minggu lalu menampilkan dua warna iaitu hitam dan putih serta ditawarkan dalam dua versi iaitu earloop dan headloop.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Rekaan mask yang cantik dengan lakaran bunga raya cukup eksklusif dan bergaya. Lebih-lebih lagi bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia, kita sebagai rakyat negara ini tentu bangga menggayakannya.

Iklan

Datuk Jovian Mandagie berkahwin dengan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013. Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeannelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.

Sumber: @jmandagie