BARU-BARU ini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dan membenarkan penjualan kit ujian kendiri Covid-19 untuk kegunaan orang ramai.
Ujian pengesanan bagi Covid-19 tersebut boleh dilakukan sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.
Sebanyak 12 kit ujian kendiri Covid-19 telah mendapat kelulusan KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat 24 Ogos 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kit berkenaan boleh dijual untuk kegunaan orang awam.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
12 kit ujian tersebut adalah:
1. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)
2. Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use
3. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
4. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
5. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).
6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography)
7. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
8. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
9. STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
10. ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
11. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
12. COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test K
Selain itu, pengguna juga mestilah memastikan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat
kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA.
Baca juga Covid-22 lebih bahaya dari varian Delta, pakar Switzerland beri amaran
Penjualan kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek multi kit dan
hendaklah memenuhi keperluan perlabelan.
Semoga bermanfaat!