Bayaran i-Sinar bagi bulan September dibuat bermula 26 Ogos

Iklan
Ini 7 perkara penting berkaitan kriteria i-Sinar semasa

RASANYA pasti ramai yang menunggu kemas kini terkini berkenaan i-Sinar bukan?

Sedikit berita baik untuk korang! Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 akan dibuat bermula hari ini, 26 Ogos 2021.

Iklan
Iklan

Ahli juga boleh mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) dan hubungi talian 03-8922 4848 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar.

Iklan

Terdahulu, i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1.

Baca juga Covid-22 lebih bahaya dari varian Delta, pakar Switzerland beri amaran

Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran turut dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Jadi, gunakan sehabis baik wang korang ya!