Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari

Iklan
8

PENGORBANAN guru mendidik tanpa jemu tidak akan pernah terbalas.

Tidak betah untuk melihat pelajar yang berkeperluan khas ketinggalan dalam aktiviti sekolah, seorang guru sanggup mencipta sejenis alat.

Iklan
Iklan

Guru berkenaan dikenali melalui akaun @cikgu azam mencipta sebuah alat yang membolehkan pelajarnya yang mengalami kelainan upaya penglihatan untuk berlari.

Iklan

Baca juga Semakan Permohonan Jawatan Guru Pengambilan 'One-Off' Boleh Dibuat Mulai 3 September

Menerusi beberapa video yang dimuatnaik di laman sosial TikTok, seorang pelajar kurang upaya penglihatan boleh berlari hasil bantuan dari alat beroda yang dicipta beliau.

Iklan

Alat beroda yang diperbuat daripada PVC itu membolehkan pelajar perempuan berkenaan menyertai larian sejauh 5km pada 2021.

Baca juga Sanggup Berhabis Duit, Sewakan Rumah Untuk Pelajar Hampir 2 Bulan, Pengorbanan Guru Ini Buat Netizen Sebak

Dalam pada itu, beliau juga turut berkongsi versi awal alat berkenaan yang dikatakan beliau seperti troli pasar raya.

"Alisya waktu ni gembira sangat kerana pertama kali berlari tanpa perlu memegang bahu cikgu atau guna tali,” tulis beliau.

Rentetan itu, warga maya tersentuh dengan pengorbanannya dan memuji tindakan Cikgu Azam yang cakna dan berhati mulia.

 

Profesion sebagai seorang guru adalah antara bidang pekerjaan yang mulia. Guru mempunyai darjat dan martabat yang tinggi. Semoga kisah guru ini memberikan inspirasi buat kita semua.

Gelaran cikgu sentiasa abadi dalam kehidupan guru dan tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat sekalipun mereka sudah bersara. Bahkan panggilan cikgu akan kekal, sehingga ke liang lahad pun pasti dibawa bersama.

Sumber: TikTok @cikgu azam