PADA 20 Jun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pengambilan khas Guru secara one-off yang melibatkan kekosongan jawatan sebanyak 18,7022.

Kekosongan jawatan tersebut adalah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Untuk makluman calon yang telah membuat permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021, temu duga akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021 ini secara berperingkat.

Manakala semakan panggilan temu duga boleh dibuat mulai esok, 3 September 2021 (secara berfasa).

Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), urusan temu duga bagi pengambilan guru one-off tersebut hanya akan melibatkan calon graduan dan bakal graduan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Setiap calon juga hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.

Panggilan temu duga bagi Fasa 1 boleh disemak di Portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen berikut:

  1. Bahasa Cina
  2. Bahasa Semai
  3. Bahasa Iban
  4. Bahasa Kadazandusun
  5. Muzik
  6. Tahfiz
  7. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  8. Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC)
  9. Pendidikan Khas (SJKC)
  10. Pendidikan Moral (SJKC)
  11. Muzik (SJKC)
  12. Sejarah (SJKC)
  13. Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
  14. Matematik (SJKC); dan
  15. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)

gaji guru

Iklan

Temu duga bagi opsyen lain akan dilaksanakan pada fasa seterusnya dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang dan media sosial SPP.

Adalah diingatkan bahawa calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.

Baca juga Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 bermula 6 September ini

Untuk membuat semakan, sila rujuk laman web rasmi SPP dan ikuti langkah berikut:

Iklan
  • Pergi ke laman web mySPP https://myspp.spp.gov.my/
  • Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Semak status panggilan temuduga bagi permohonan yang telah dibuat.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk saluran rasmi SPP seperti berikut:

  • Laman web: https://www.spp.gov.my/
  • Facebook: https://www.facebook.com/SPPHQ
  • Twitter: https://twitter.com/sppmy

Semoga bermanfaat!