WhatsApp tamatkan fungsi 43 model telefon Android, Apple iOS lama

Iklan
WhatsApp beri amaran khidmat terhenti buat beberapa telefon bermula 1 Jan ini

APLIKASI WhatsApp antara aplikasi telefon pintar yang menghubungkan setiap individu dengan mudah.

Malah korang tidak memerlukan wang untuk memasang aplikasi Whatsapp di telefon pintar dan ia percuma, cukup sekadar dapatkan data Internet sahaja.

Iklan
Iklan

Malah penggunaan data yang kecil berbanding aplikasi-aplikasi lain menjadikan ia menjadi pilihan ramai.

Iklan

Namun, kini syarikat media sosial gergasi, Facebook. Inc mengumumkan aplikasi tersebut akan berhenti berfungsi bagi beberapa model telefon pintar lama dalam tempoh dua bulan lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Ia sekali gus menyebabkan jutaan pemilik tidak dapat menggunakan aplikasi tersebut jika tidak menukar telefon  pintar mereka.

Sebanyak 43 model telefon pintar menggunakan sistem operasi Android dan Apple iOS tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan pesanan sedia ada itu.

Model telefon pintar dengan sistem perisian Android 4.0.4 atau yang lebih lama akan menjadi tidak serasi, begitu juga iPhone dengan iOS 9 ke bawah.

Baca juga Hanya tekan butang 'check-out', tak perlu scan. MySejahtera ditambah baik

Menurut WhatsApp, penghentian sokongan untuk telefon lama akan menjadikan aplikasi itu beroperasi dengan lebih selamat.

Sumber: Agensi