Hanya tekan butang 'check-out', tak perlu scan. MySejahtera ditambah baik

Hanya tekan butang 'check-out', tak perlu scan. MySejahtera ditambah baik
Hanya tekan butang 'check-out', tak perlu scan. MySejahtera ditambah baik
A
A
A

APLIKASI MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan beberapa ciri baru.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tambah baik itu bagi memudahkan pengguna memaparkan status kesihatan mereka.

Ia termasuklah paparan tahap risiko dan status vaksinasi.

Jelas Khairy, pasukan yang dipertanggungjawabkan telah memulakan proses penambahbaikan malam tadi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

1.4 juta pendaftaran vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap!

Dalam satu ciri baru dalam aplikasi itu ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambaik baik proses pengesanan kontak.

"Pasukan MySejahtera melakukan pembaharuan malam ini (malam tadi) bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.

"Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Orang ramai kini boleh daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera

Katanya lanjut, sebaik sahaja pengguna meninggalkan sesuatu tempat, pengguna perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar.

Yang menariknya, tiada imbasan diperlukan, namun pengguna hanya perlu menekan satu butang.

Baca juga “Terima kasih kerajaan sebab memahami.” Harga siling borong, runcit kit ujian diri Covid-19 mulai 5 September

"Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan," jelasnya.

MySejahtera merupakan satu aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan wabak Covid-19 di negara ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca