Terima RM91,000 selepas sebar cerita palsu 14 ahli keluarga maut Covid-19, lelaki ditahan polis

Iklan
Terima RM91,000 selepas sebar cerita palsu 14 ahli keluarga maut Covid-19, lelaki ditahan polis

BARU-BARU ini tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp kisah seorang lelaki yang bertugas di Petronas Pangerang yang kehilangan 14 ahli keluarga termasuk isteri dan anak disebabkan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Lelaki berkenaan dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai manakala lima anaknya bersama ibu, kakak, ipar dan dua anak saudara turut terkorban pada 2 September lalu.

Iklan

Namun segala ceritanya itu hanyalah merupakan rekaan semata-mata!

Perkara itu telah disahkan oleh Petronas dalam satu kenyataan semalam.

Iklan

Menerusi kenyataan tersebut, pihak Petronas mengesahkan bahawa lelaki itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu.

Selain itu, Petronas juga dengan keras menyatakan pihaknya tidak boleh menerima salah laku daripada mana-mana pekerja mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menahan suspek berumur 45 tahun itu kelmarin selepas lelaki itu hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor.

Katanya, suspek ditahan ketika hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai dipercayai ingin membuat laporan ‘covering’ bagi dirinya tentang kejadian itu.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek setakat ini dipercayai telah menerima sumbangan sebanyak RM91,000.

Baca juga [VIDEO] Kecoh lelaki pengsan di PPV, rupa-rupanya fobia lihat jarum suntikan

Katanya, suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Aduhai... ada sahaja ya individu yang sanggup mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang.

Justeru, kekal patuhi SOP dan amalkan kawalan kendiri bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini.