APABILA sebut sahaja mengenai fobia atau trypanophobia sudah pasti setiap daripada kita mesti mempunyai ketakutan yang melampau terhadap sesuatu.

Fobia bukan perlakuan yang dibuat-buat. Ia akan menjadi teruk sekiranya seseorang berada di luar kawalan.

Jika diamati, terdapat beberapa jenis fobia yang agak pelik, tetapi ia memang berlaku.

Antaranya trauma dengan kucing, ketinggian, darah, waktu malam, ubat, hujan dan sebagainya.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang mempunyai perasaan fobia telah menghadirkan diri mengambil suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baru-baru ini.

Menerusi beberapa rakaman di TikTok, sungguh jelas beliau kelihatan gugup sebelum menerima vaksin.

Lelaki itu juga dilihat sedaya upaya menenangkan diri sementara menanti gilirannya tiba.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sahaja beliau diam ketika menerima suntikan oleh salah seorang petugas kesihatan.

Rupa-rupanya lelaki itu telah pengsan beberapa detik kerana terlalu takut dengan jarum sekali gus membuatkan lokasi terbabit bertukar kecoh.

Iklan
@schasha_lbimotorHANYA YANG TAKUT JARUM JE TAU PRASAAN TU ##vaksin ##kamisempoi ##fypシ ##esekeli ##kamibergabung♬ Kiss Kiss – Holly Valance

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengungkapkan ucapan tahniah kerana masih melawan rasa gentar itu untuk mendapatkan vaksin.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Untungnya! Raja sehari dirai PPV, dapat pakej lengkap bersanding, iringan lagu dan pengacara majlis lagi

Namun, ramai yang meluahkan rasa faham akan situasi yang berlaku kerana ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Apa-apapun respek dengan beliau, walaupun fobia dan berada dalam ketakutan yang teramat tetap tampil dapatkan vaksin demi mematuhi saranan kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.

Jangan lupa follow kami di Instagram!