VAKSINASI secara walk-in atau jumpa terus di Lembah Klang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tamat bermula 16 September ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, memaklumkan perkara itu dilakukan susulan trend penurunan vaksinasi ketika ini kerana ramai penduduk sudah diimunisasi setakat ini.
Namun, PICK masih berjalan lancar seperti biasa dengan jumlah 672 buah Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang telah diwujudkan di seluruh negara mengikut janji temu dalam MySejahtera.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bagi korang yang belum mendapat janji temu dalam aplikasi MySejahtera, bolehlah walk-in dengan kadar segera sebelum 15 September ini di lokasi;
- Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
- Axiata Arena Bukit Jalil
- Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam
- Hotel Wyndham, Klang
- PPV Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Dewan Seri Bernam di Sabak Bernam
- Stadium Tertutup Kuala Selangor
- Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
- PPV Le Pavilion Gamuda Garden di Gombak, Bukit Beruntung Golf Resort
- PPV Galaxy Mall Ampang
- Universiti Multimedia, Cyberjaya
Ayuh, jadi individu yang bertanggungjawab untuk negara demi mencapai imuniti kelompok.