MUNGKIN ramai di antara kita menggunakan semburan pembersih nano atau nano sanitizer spray untuk menghapuskan virus Covid-19 yang mungkin terdapat pada permukaan tertentu.

Bercakap mengenainya, terdapat pelbagai jenis semburan berkenaan wujud di pasaran. Ia terdiri daripada pelbagai saiz, warna dan jenama.

Public Health Malaysia mengutarakan tentang isu berkaitan semburan berkeaan berikutan terdapat cadangan syarikat untuk menyediakan dan mengedarkan 500,000 Antimikrobial Nano-Silver Sanitizer Spray kepada orang ramai, bermula dengan hospital dan klinik Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah penularan Covid-19.

Baca juga Budak Kecil Tertelan Hampir Sebotol Cecair Hand Sanitizer. Ini Detik Cemas Yang Diceritakan…

Menurutnya, analisis telah dilaksanakan oleh Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) bagi untuk meneliti mengenai keselamatan dan keberkesanan semburan berkenaan.

“Kesimpulannya, tidak ada bukti yang diperoleh mengenai keselamatan dan keberkesanan kos Nano-Silver Sanitizer Spray untuk mencegah penularan Covid-19.

“Oleh itu, anda digalak  menggunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas,” katanya.

Public Health Malaysia juga turut menyarankan penggunaan berberapa bahan yang dikatakan berkensan menghapuskan Covid-19 pada permukaan.

“Guna sabun (dan air) pun berkesan, guna cecair yang ada alkohol pun berkesan, guna cecair Clorox pun berkesan.

Iklan

“Murah sahaja, mudah diperolehi dan telah terbukti keberkesanan,” jelasnya pada ruangan komen.

Berbicara mengenai langkah pencegahan jangkitan Covid-19, korang disarankan untuk melakukan langkah berikut:

– Memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.
– Mencuci tangan menggunakan sabun dan air dengan betul.
– Elak menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
– Menjauhi individu yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Covid-19.
– Menghindari kawasan yang menjadi tumpuan ramai.
– Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
– Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.

Iklan


Justeru, korang perlu memastikan semburan yang diguna mengandungi sekurang-kurangnya 65 peratus alkohol seperti yang disarankan.

Elakkan pembaziran, belilah produk dengan berhemah dan gunakan dengan cara yang paling efektif.

Bersama-samalah kita berusaha melindungi diri dan keluarga dari Covid-19.

Sumber: Public Health Malaysia