MEMANG tidak dinafikan makanan ringan seperti nugget merupakan juadah yang anak-anak paling suka.
Pun begitu, jika terlalu kerap makan nugget yang ada di pasaran, boleh mengundang bahaya kerana ia dalam kategori makanan yang diproses.
Oleh itu, apa kata korang cuba resipi nugget ayam yang ‘homemade’ ini, tak perlu guna penambah rasa pun!
Sihat dan bersih pula untuk dinikmati seisi keluarga.
Boleh juga dijadikan sebagai sejuk beku makanan sihat untuk anak-anak sambil beraktiviti masak-masak bersama mereka bagi mengisi masa lapang yang ada.
Bahan-bahannya;
- Isi ayam (3 ketul)
- serbuk roti (5 sudu)
- Telur (1 biji)
- Lobak merah ( optional)
- Tepung ubi( 1 sudu)
- Garam ( 1 sudu kecil)
- Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
Cara-cara membuatnya;
1. Isi ayam dikisar atau ditumbuk sehingga lumat.
2. Campurkan isi ayam bersama tepung ubi, garam, serbuk lada hitam dan lobak merah yang telah dicincang. Gaul sebati.
3. Kemudian bentukkan ia ikut kesukaan masing-masing.
Cuba juga [VIDEO]'Memang sedap!' - Resipi kentang rangup lelaki ini raih 5.8 juta tontonan
4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
5. Selepas itu baru salutkan dengan telur dan serbuk roti.
6. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. Sedia dihidang.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Hawa Aziz