DENGAN trademark “Bismillah” di setiap permulaan video, seorang lelaki bernama @Hamdam Mubarak ini pastinya telah dikenali ramai warga TikTok.

Perkongsian pelbagai resipi menu masakan dalam bentuk penyampaian yang mudah difahami dan persekitaran bersih serta lagu yang bersesuaian pada setiap videonya amat menarik perhatian ramai.

Tambah lagi, semua video masakannya dilihat lengkap menyarungkan apron dan sarung tangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi pemerhatian penulis, video masakan Hamdan kebanyakannya menembusi jutaan tontonan di aplikasi terkenal itu.

Seperti satu resipi ini, kentang rangup bakar yang dikatakan rugi jika tidak mencubanya.

Rata-rata warga maya teruja dengan menu mudah tersebut dan ada antaranya yang sudah mencuba.

kentang

Ujar mereka;

“Wow nice… i like potato! hebatlah awak masak selalu tengok video tak pernah skip.”

“Nampak sangat sedap! Nak cuba buatlah nanti. Tq bagi resipi mudah dan sedap ni.”

“Ni saya dah buat cuma tak berapa rangup sebab bakar dalam 10 minit sahaja. Tapi memang sedap!”

“Cara masak semuanya resipi senang nak buat. Bagi aku almost semua aku dah Bismillah makan. Sedap! Tq bro!”

“Saya memang selalu buat ini, memang sedap!!!”

Resipi:

Bahan-bahan;

1. Kentang saiz kecil

2. Garam

3. Serbuk lada hitam

4. Serbuk cili

5. Serbuk bawang putih

Iklan

6. Daun Rosemary

7. Minyak masak

8. Keju

Cuba juga Nasi Kebuli Pahang sajian istana di zaman silam. Guna banyak bahan, tapi keenakannya ‘memang terangkat’

Iklan

Cara membuatnya;

Bakar dengan suhu 200 darjah celcius sehingga garing dan kemudian taburkan keju.

Selamat mencuba!

@hamdanmubarak_Harini saya nak ajar buat Kentang Rangup pula, rugi kalau tak cuba 😊 ##fyp ##malaysia ##resepisimple ##resepi ##kentang♬ original sound – Hosni Mubarak