Tularkan kes curang kekasih dengan lelaki Myvi biru, pemuda mohon maaf

Iklan
02

BARU-BARU ini tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda ‘mengantoikan’ seorang gadis dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, pemuda itu membuat rakaman sebelum terus mendekati pasangan tersebut di sebuah tempat letak kereta yang dipercayai baru selesai membeli-belah.

Iklan
Iklan

Kelihatan apabila pemuda tersebut menghampiri kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru yang dinaiki pasangan terbabit, si gadis bagaimanapun seolah-olah mempersoalkan semula tindakan pemuda berkenaan.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Warga maya turut menasihatkan supaya lebih baik meninggalkan wanita seperti itu yang tidak bersikap setia selain mendoakan pemuda berkenaan agar berjumpa dengan pengganti yang lebih baik.

Sehubungan itu, pemuda berkenaan kini tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Baca juga [VIDEO] Ingatkan masalah internet. Ustazah sebak, tidak sangka anak muridnya buat kejutan

"Saya pemuda yang menularkan kes curang Myvi biru. Saya ingin memohon maaf daripada semua pihak dan tolong jangan mengecam lelaki dan gadis tersebut kerana kami telah selesaikan dengan baik.

"Saya merayu tolong jangan viral dan padam video tersebut. Saya telah menyesal atas perbuatan saya yang telah mengaibkan mereka," mohonnya.