ALAT khatan dinamakan Circumstar-1 ciptaan pakar bedah, Datuk Dr Siew Kuang Chong merangkul pingat emas dan anugerah khas di 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Canada pada 28 Ogos lalu.
Alat tersebut difahamkan berfungsi dengan efisien dan selamat digunakan. Selain itu kos penghasilannya juga rendah.
Berikut adalah lima fakta mengenai Circumstar-1:
1.Siew Kuang mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menyiapkan alat tersebut.
2.Circumstar-1 bukan sahaja memenangi pingat emas malah turut dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara.
3.Circumstar-1 itu adalah 100 peratus produk buatan tempatan dan ia diilhamkan dari peralatan berkhatan sedia ada.
4.Alat tersebut hanya mengambil masa seminit berbanding peralatan berkhatan yang dicipta Siew Kuang sebelum ini iaitu tiga minit dan ia tanpa jahitan.
5.Siew Kuang turut meraih pingat emas di Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan alat itu Mac lalu.
Kisah kejayaan ini tentunya memberikan inspirasi kepada kita semua untuk tidak berhenti berusaha dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk memberi faedah kepada masyarakat.