Anak syukur, doa kebahagiaan ibu 59 tahun temu jodoh pemuda 22 tahun

Iklan
1

SIAPALAH kita untuk mempertikaikan urusan jodoh kerana ia adalah rahsia Tuhan. Cepat atau lambat juga bukanlah urusan kita sebagai hamba-Nya.

Jodoh dan pertemuan di tangan ALLAH. Walaupun mempunyai jarak usia 37 tahun, ia bukan penghalang untuk merealisasikan mahligai cinta.

Iklan
Iklan

Perihal jodoh ini telah dikongsikan pengguna laman sosial TikTok @ecacuwitcawer.

Iklan

Baca juga Remy, Ezza Terima Hadiah Perkahwinan Dari Agong

Video berkenaan memaparkan sekitar majlis perkahwinan ibunya berusia 59 tahun dengan seorang pemuda berusia 22 tahun.

Iklan

Gadis dikenali sebagai Eca turut mengucapkan selamat pengantin baru buat ibu dan bapa tirinya yang dipanggil Abie.

Dia turut mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.

"Umur bukan penghalang jika Allah sudah takdirkan itu bahagian kita. Moga Mama dan Abie bahagia selalu,” titip Eca.

Susulan perkongsian video berkenaan, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi dan komen.

Pun begitu, ada diantara netizen berkongsi kisah seakan sama bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda. Kata mereka, usia bukanlah penghalang asalkan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Perkahwinan jarak usia yang jauh bukanlah perkara asing. Presiden Perancis, Emmanuel Macron, 39 tahun bertemu jodoh dengan isterinya Brigitte Trogneux, 64 tahun yang mana jarak usia mereka ialah 25 tahun.

Sumber: @ecacuwitcawer