AKTOR popular Remy Ishak dan isterinya menerima hadiah perkahwinan istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Remy, dia dan Ezza Yusoff sangat terharu dan terkejut dengan hadiah yang cukup bermakna itu.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

Iklan

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia ALLAH SWT buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya.

Iklan

Hero Pujaan Malaya itu selamat bergelar suami kepada usawahan, Ezza pada Sabtu lalu dalam satu majlis serba ringkas di sebuah Masjid Negara, Kuala Lumpur setelah lapan tahun berkawan.