KRISIS dan konflik dalam rumah tangga kebanyakannya berlaku pada fasa pertengahan perkahwinan.
Kenapa pertengahan? Kenapa tidak di awal atau hujung perkahwinan?
Kebiasaannya, pada awal perkahwinan akan selalunya indah belaka.
Pada penghujung perkahwinan pula adalah bila mana masing-masing sudah berumur, telah 30 tahun pendam, makan hati dan sakit hati, sudah 25 tahun dah buat semuanya seorang diri, telah 20 tahun perangai dia memang macam itu.
Antara krisis, konflik ketika perkahwinan memasuki fasa pertengahan adalah;
1. Setiap harapan yang kita letakkan di awal itu, satu demi satu dihancurkan.
2. Kita tidak lagi boleh bertoleransi dengan perbuatan atau kelakuan pasangan yang menyakitkan hati.
3. Fasa di mana kita dah meluat, bosan dengan kesalahan berulang-ulang.
4. Fasa kita putus asa untuk menunggu si dia berubah.
5. Banyak pasangan buat perangai sebab dia selesa, dia mencuba dan dia dah terbiasa.
Jadi, yang memendam akan tawar hati. Yang menyimpan akan makan hati. Yang dilukai akan terus sakit hati.
Pertengahan perkahwinan sepatutnya mematangkan dan mendewasakan hubungan kita untuk kita melanjutkan lagi hubungan itu kepada satu tempoh yang lebih panjang.
Baca juga Vaksinasi Covid-19 remaja 12 -17 tahun, ini perkara ibu bapa, penjaga perlu buat
Ia bukanlah fasa untuk bergaduh, bermasam muka, bertengkar mulut serta berbalah.
Perbaikilah diri sendiri dengan sentiasa bermuhasabah.
Semoga hubungan kita suami isteri sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT.
Sumber: Firdaus Shakirin