PELAKSANAAN suntikan vaksin kepada remaja 12 hingga 17 tahun bermula pada 20 September di seluruh negara.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja pada peringkat usia itu di seluruh negara.

Vaksinasi tersebut layak kepada semua remaja tanpa mengira status kewarganegaraan termasuk remaja yang mempunyai penyakit kronik, daya ketahanan badan rendah dan remaja perempuan yang hamil.

Terdapat tiga kaedah pemberian vaksinasi Covid-19 kepada remaja. Ibu bapa dan penjaga perlu mengenalpasti kumpulan sasar yang ditetapkan bagi mengenalpasti kaedah yang akan digunakan.

Antaranya ialah menerusi janji temu MySejahtera bagi pelajar sekolah berasrama penuh, sekolah pendidikan khas berasrama dan sekolah asrama harian.

Manakala vaksinasi berjadual yang melibatkan 156 pusat pemberian vaksin di seluruh negara adalah bagi pelajar sekolah harian, sekolah pendidikan khas harian dan sekolah antarabangsa.

Bagi remaja 12 hingga 17 tahun yang sedang berada di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) mereka perlu walk-in ke mana-mana 156 pusat pemberian vaksin yang disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, Facebook MyHealth KKM menggariskan beberapa perkara penting perlu diketahui mengenai vaksinasi ini seperti berikut:

1. Hanya remaja yang mempunyai persetujuan bertulis ibu bapa atau penjaga sahaja yang akan diberi vaksinasi.

2.Bawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri.

3.Salah seorang sama ada ibu atau bapa atau penjaga sahaja perlu menemani remaja semasa hari vaksinasi.

4.Jenis vaksin akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.

5.Pemberian vaksin adalah percuma.

6.Anak anda akan menerima dua dos vaksin Covid-19.

7.Simpan kad vaksinasi dan bawanya semasa janji temu vaksinasi dos kedua.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk melicinkan proses pemberikan vaksin kepada anak.

MyHealth turut berkongsi beberapa perkara penting sebagai persediaan sebelum diberikan suntikan.

Iklan

Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum anak diberikan vaksin ialah seperti berikut:

1-Memastikan anak endapat tidur dan rehat.
2-Makan secukupnya sebelum ke pusat pemberian vaksin.
3-Ibu bapa perlu memastikan tahap kesihatan anak dalam keadaan baik sebelum vaksinasi.
4-Jika anak tidak sihat, bawanya berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan penialaian kesihatan.
5-Pastikan anak memakai pakaian longgar dan sesuai.
6-Pastikan memakai pelitup muka.
7-Bawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri.

Baca juga Bukan Semua Sekolah Dibuka Pada 3 Oktober, Ini 10 Fakta Ringkas

Selepas anak diberikan suntikan, ibu bapa atau penjaga perlu memastikan perkara berikut:

1-Memaklumkan sekiranya tidak sihat atau tidak selesa selepas suntikan.
2-Tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
3-Ingat dan ambil tahu tarikh janji temu dos kedua anak.
4-Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti senaman atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi.

Iklan

Antara perkara yang ditekankan ialah soal penyimpanan kad vaksinasi. Sebaik-baiknya letaklah ia di tempat yang selamat dan jangan lupa untuk mendapatkan dos kedua mengikut tarikh yang diberikan.

Dalam perkembangan berkaitan, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan mengenai tiga golongan remaja yang tidak layak untuk suntikan vaksinasi ini ini iaitu;

– Remaja yang mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis selepas menerima dos pertama.

– Remaja yang mengalami reaksi alahan kepada mana-mana kandungan vaksin Covid-19 selepas menerima suntikan juga tidak layak mendapat suntikan vaksin. Individu yang mengalami reaksi ini tidak akan diberi vaksin dos kedua.

– Sejarah reaksi alahan yang teruk serta sejarah anafilaksis setelah mengambil sebarang ubat atau makanan atau bahan yang tidak diketahui.


Semoga sasaran 60 peratus remaja lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November dan 80 peratus mendapat dos lengkap vaksin dicapai menjelang Januari 2022. #kitajagakita

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth