[VIDEO]'Baby bump' Neelofa jadi perhatian di mahkamah, ramai ucap tahniah dan doa

Iklan
'Baby bump' Neelofa jadi perhatian di mahkamah, ramai ucap tahniah dan doa

DESAS desus yang mendakwa selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor kini sedang hamil semakin kencang selepas dilihat kerap memegang 'baby bump' ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.

Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu sesekali dilihat memegang perutnya dan sering dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail ketika berjalan.

Iklan
Iklan

Pasangan selebriti itu hadir di mahkamah pada prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Iklan

Mahkamah Seremban menetapkan sebutan semula kes Noor Neelofa dan suami pada 21 Oktober ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan susuk tubuhnya seperti wanita hamil selain hanya mengenakan kasut bertumit rata, namun sehingga hari ini belum ada pengesahan rasmi oleh Noor Neelofa tentang berita gembira tersebut.

Iklan

Sementara itu, rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain mendoakan pasangan berkenaan.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Baca juga Dua tahun terpisah daripada keluarga, Yuka Kharisma luah perasaan dalam lagu

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tahniah Neelofa dan suami!