“Saya dapat rasakan dia ‘hidup’… Wanita dirasuk jin menumpang 'teddy bear' kesayangan

Iklan
5

PATUNG permainan lazimnya menjadi kegemaran kanak-kanak. Apatah lagi patung beruang yang comel, bukan sahaja anak kecil, orang dewasa pun masih menyimpannya di sudut kediaman.

Pendedahan sebuah pusat perubatan Islam, Terapi Islam Ibnu Katsir baru-baru ini berkongsi kisah benar rawatan ke atas pesakit yang mengalami kerasukan akibat jin yang ‘menumpang’ di dalam patung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pesakit berusia lewat 20an itu dirasuk di rumahnya. Berikut ialah catatan yang ditulis perawat dari Terapi Islam Ibnu Katsir untuk dijadikan teladan dan pengajaran buat kita semua.

Kerasukan yang bermula pada pagi sehingga tengah hari tanpa henti. Seperti biasa, sebelum kerumah pesakit tersebut, beberapa soalan diajukan bagi memastikan keadaan pesakit dan persediaan yang perlu dilakukan.

Iklan

"Boleh saya tahu ni siapa ya”

Iklan

"Saya Ahmad, adik pesakit yang ustaz rawat semalam”

"Ok, kenapa dengan kakak?”

"Dari pagi tadi kakak menjerit-jerit, kaki dan tangan jadi keras dan bergerak tak boleh dikawal”

"Baik, Insha-ALLAH saya akan datang pada jam 3.30 petang. Jangan layan apa yang kakak cakap dan perhatikan gerak geri dia sehingga saya sampai”

Demikian dialog perawat dengan adik pesakit berkenaan.

Dalam kepala berfikir macam-macam. Pesakit ini balik dari pusat rawatan semalam dalam keadaan tenang tapi bila balik kerumah jadi semakin teruk. Mesti ada sesuatu dirumah pesakit ini hati saya terdetik.

Bismillah, perjalanan lebih kurang 25 minit dari pusat rawatan ke rumah pesakit dimulakan.

Jam 3.45 petang saya sampai kerumah pesakit tersebut bersama dengan Ahmad (adik pesakit).

Keadaan dirumah tenang. Kakaknya yang tadinya kerasukan masih berada di dalam bilik.

Keluarga pesakit telah menunggu di bawah, tidak lama kemudian pesakit turun dari biliknya dalam keadaan resah dan separa sedar.

Saya meminta pesakit duduk menghadap kearah kiblat dan sesi ruqyah dimulakan dihadapan keluarganya.

[caption id="attachment_60421" width="800"] Gambar hiasan.[/caption]

Surah Al Fatihah dibacakan dan pesakit terus meraung menjerit tidak selesa.

"Kenapa kau datang tempat aku! aku nak dia mati!

"Di mana tempat kamu? Dengan izin Allah dan kehendak Allah, tunjukan dimana?

"Sana!” pesakit menunjukkan arah didapur dan bilik.

Tanpa berlengah, saya terus ke dapur dengan membawa sebekas air.

Jam menunjukkan 4.32 petang, tepat pada waktu Asar.

Azan dikumandangkan ditengah-tengah rumah tersebut, pesakit semakin agresif dan tidak keruan.

Selesai azan, air yang telah diruqyah tadi dipercikkan sekitar dapur dan saya naik ke bilik pesakit tersebut bersama Ahmad.

Mata saya tertumpu pada satu patung teddy bear yang besar sewaktu merenjis air dalam bilik tersebut. Mata patung ini bagai memerhatikan gerak-geri saya.

[caption id="attachment_60422" width="800"] Gambar hiasan.[/caption]

Saya membawa patung ini turun ke bawah dan serta merta pesakit itu merayu.

"Jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku dah lama duduk disitu. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia,” kata pesakit.

Dengan lantang saya berkata:"Berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!

Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin ALLAH pesakit sedar dalam keadaan yang lemah.

Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya.

Pun begitu, sebelum patung ini dimusnahkan, saya bertanya pesakit beberapa soalan.

"Sayang ke dengan patung ni?”

"Dia seperti anak saya” sehingga menggelarkan dirinya MAMA kepada patung tersebut.

"Dia tempat saya meluahkan perasaan, dia tempat saya mengadu semua perasaan saya”

"Dia faham perasaan saya. Saya dapat rasakan dia ‘hidup’.

Nasihat dan panduan terus diberikan pada pesakit ini. Jin telah menetap pada patung tersebut sehingga pesakit merasakan patung tersebut hidup.

Patung itu akhirnya dibakar dan pesakit dapat merasakan sesuatu yang amat berbeza didalam dirinya.

Setelah pesakit sedar dan pulih dari kerasukan bermula sesi perbualan antara saya bersama pesakit.

"Istimewa sangat ke teddy bear ni dik?” tanya saya.

"Saya dah anggap dia anak saya, setiap hari saya bercakap dengan dia..saya luahkan perasaan dekat dia," katanya.

"Astaghfirullah, kita ada ALLAH dik, kita luah pada DIA dik, bukan pada patung ni.

”Syaitan suka adik buat macam tu. Teddy bear ni jadi sarang syaitan dik,” kata saya.

Turut diceritakan pernah terjadi satu peristiwa, teddy bear tersebut beralih sendiri dari atas katil pergi ke bawah katil.

Pesakit berkenaan turut mengakui pernah melihat teddy bear ini bergerak sendiri seperti hidup.

Baca juga Boleh Jadi Syirik, Tahayul Terlalu Obses Tonton Cerita Hantu. Ini Penjelasannya...

Menurut perawat Terapi Islam Ibnu Katsir, teddy bear berkenaan sudahpun dibakar dan dimusnahkan sejurus pulang dari rumah pesakit.

Katanya, dengan izin ALLAH, pesakit berkenaan tidak lagi merasa gatal-gatal pada tubuhnya. Malah dia menjadi seorang yang lebih tenang serta penyabar.

Menurut Terapi Islam Ibnu Katsir,  pengalaman dan kisah ini dapat dijadikan iktibar serta pengajaran agar melakukan perkara berikut:

- Sentiasa memohon perlindungan ALLAH dengan mengamalkan zikir pagi dan petang yang sahih.

- Sentiasa mengadu pada ALLAH yang Maha Mendengar serta Maha Mengetahui

- Tidak menyimpan anak patung untuk dijadikan sebagai hiasan dan ‘kawan.’

- Kebiasaanya patung-patung ini menjadi sarang dan tempat tinggal jin hikmah.

Terdapat larangan dalam beberapa hadis mengenai menyimpan dan meletakkan patung di dalam rumah serta mengukirnya.

Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya: Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.

[Hadis riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)]

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

Sumber: Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA