Boleh jadi syirik, tahayul terlalu obses tonton cerita hantu. Ini penjelasannya...

A
A
A

MENONTON atau mendengar perkongsian kisah seram boleh menyebabkan korang terbawa-bawa dalam suasana cerita itu. Apatah lagi adanya babak mencemaskan, gerun dan mendebarkan.

Namun begitu, tidak dinafikan ada yang terlalu obses sehingga sanggup berjaga malam untuk menonton filem seram.

Paling membimbangkan, hobi menonton genre seumpama itu memberikan impak pada kehidupan seharian hingga mengubah personaliti anak asalnya berani menjadi penakut.

Malah, ada ibu meluahkan anaknya perlu ditemani apabila nak ke mana-mana di dalam rumah dan takut tinggal tinggal seorang diri.

Jika perkara ini berlaku, ia adalah perkembangan yang tidak baik dan wajar ditangani segera oleh para ibu bapa dan penjaga.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kita dianjurkan untuk mendengar perkara-perkara bermanfaat dan meninggalkan perkara sia-sia yang tidak menambahkan iman dan amal.

Baca juga Seramnya, Frontliners Sempat Rakam Gambar Aneh Ketika Bertugas

Selain itu, sebagai hamba yang taat kepada ALLAH, kita perlu sentiasa melazimi majlis ilmu bagi menambahkan ilmu agama yang mana ia boleh memagar diri daripada jatuh ke lembah dosa dan memperbanyakkan membaca al-Quran sebagai wirid harian.

Sesungguhnya mendengar dan menonton rancangan berunsurkan mistik secara berlebihan akan membawa kepada ketahayulan, kesyirikan dan sebagainya.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab sebaiknya mendidik anak dengan ajaran yang betul.

Baca juga Seramnya, Kucing Ini Bermain Dengan Entiti Berambut Panjang, Berbaju Putih

Mereka perlu diberikan pengukuhan dan penekanan terhadap ilmu akidah. Perjelaskan tentang syirik, khurafat dan sebagainya agar ia boleh dijauhi anak-anak.

Selain itu, ibu bapa ditegah sama sekali supaya tidak mendidik anak-anak dengan khurafat dan tahyul. Apatah lagi mengalakkan mereka melakukan perkara yang boleh mengganggu gugat akidah.

Diharapkan penjelasan ini membantu ibu bapa dalam mengawal pengaruh unsur seram dan mistik kepada anak-anak.

Alihkan perhatian mereka kepada perkara-perkara lain seperti membaca, melukis atau bermain permainan berasaskan ‘board game’ seperti Saidina, Monopoly atau catur bagi mengisi masa lapang ketika lock down.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca