Pelbagai menu mampu penuhi selera anda di GrabFood 

Iklan
Pelbagai menu mampu penuhi selera anda di GrabFood 

BILA sebut pasal makan, rakyat Malaysia memang terkenal dengan ‘hobi’ suka meneroka cita rasa baharu setiap hari. Uniknya di Malaysia, anda boleh mengidam untuk makan apa sahaja jenis menu; dari masakan barat, Korea, Cina, India sehingga hidangan tradisional, semuanya ada!

Iklan
Iklan

Semuanya hanya di hujung jari, lebih-lebih lagi perkhidmatan penghantaran makanan oleh GrabFood juga ditawarkan untuk kawasan-kawasan luar Lembah Klang dan menu kegemaran anda akan sampai depan pintu. Mudah!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Aplikasi GrabFood ini bukan sahaja memudahkan restoran membuat penghantaran makanan, namun ia juga memudahkan pelanggan memesan makanan yang enak dari restoran pilihan tanpa perlu keluar dari rumah.

Iklan

GrabFood menjimatkan kos, masa dan tenaga anda kerana tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Masa penghantaran juga begitu pantas serta kualiti makanan tetap terjaga kerana ia diletakkan di dalam beg thermal yang akan mengekalkan suhu makanan tersebut.

Jom kita terokai restoran-restoran yang menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan yang boleh anda dapati di GrabFood tidak kira di mana anda berada jua.

  1. CAN by Haru Hari, Lebuh Gelugor, Pulau Pinang

Kafe paling ngam untuk anda menikmati pelbagai hidangan yang menyelerakan. Terletak di Ghee Hiang Garden, Lebuh Gelugor, kafe ini menjanjikan suasana tenang dengan taman kecil dan premis kaca.

CAN by Haru Hari menawarkan hidangan bersaiz kecil dengan pilihan lebih 10 menu makanan dan beberapa pilihan kek.

Selera anda pasti dapat dipenuhi dengan hujung jari. Anda boleh pesan Set Keluarga iaitu 1 set Signature Tiramisu, Burnt Cheese Cake, Lotus Biscoff Cheese Cake and Chocochip cookies; 1 Grilled Chicken; 1 Ponzu Salmon; Any 2 Pasta; Any 3 Drinks; 2 Salad or Soup;

Atau anda boleh pesan menu ringan seperti Teratai Goreng, Nachos Bolognese Cheezy Fries dan macam-macam lagi.

Menu makanan anda itu boleh dipadankan dengan minuman kopi terbaik yang ditawarkan CAN by Haru Hari.

2. Lepau Restaurant, Kuching, Sarawak

Sebuah restoran yang unik berbentuk seumpama pondok terletak di Jalan Ban Hock, Kuching memang terkenal dengan hidangan tradisi suku kaum Kenyah/Kayan bersama hidangan tradisional etnik lain sejak 2014. Lepau boleh diterjemahkan sebagai Bangsal Padi dalam Kenyah/Kayan.

Hidangan istimewa di restoran ini yang tiada tolak bandingnya adalah Ayam Pansuh – hidangan ini dimasak bersama daun ubi kayu dan rebung buluh untuk memastikan daging ayamnya kekal lembut.

3. Iwan Lamian, Kuching, Sarawak

Kafe yang berada di tingkat bawah kompleks ICOM Square, Jalan Pending, merupakan salah satu restoran yang menawarkan hidang mee tarik di Kuching. Iwan Lamian menyediakan menu daripada masyarakat Muslim Hui berasal dari bandar Lan Zhou, China.

Selain hidangan mee tarik dalam pelbagai pilihan, Iwan Lamian juga turut menawarkan menu-menu lain yang tak kurang hebatnya. Anda mungkin boleh memesan Cumin Lamb Rack, Braised Beef Fride Rice mahupun Chicken Dumpling Soup.

4. Warung Mercik - Kambing Bakar, Kota Damansara

Nama restoran ini pun cukup simbolik; ‘Mercik’ yang boleh didefinisikan sebagai sangat menyelerakan.

Warung Mercik ini dimiliki oleh saudara Zulrushdi Ismail sejak 2015 dan ia diusahakan atas inspirasi pemiliknya yang gemar memasak dan makan.

[caption id="attachment_60699" width="800"] Nasi Kambing Bakar with Sambal Air Asam Utara[/caption]

Untuk selera Barat, anda boleh cuba Grilled Lamb yang disajikan bersama kentang putar, coleslaw dan sayur-sayuran. Burger Kambing Bakar juga turut disediakan.

Selera tempatan yang menjadi hidangan popular pula, Nasi Kambing Bakar Dengan Sambal Air Asam Utara yang disajikan bersama nasi mentega, memang laku keras!

5. Deli Wau – Citta Mall, Ara Damansara

Jika anda inginkan makanan Malaysia yang authentic, Deli Wau mungkin menjadi pilihan terbaik untuk memenuhi selera anda.

Restoran yang terletak di Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai hidangan menu lokal yang menggiurkan.

Cuba juga Kaki kopi, 3 perisa edisi terhad Nescafe Gula Bandung, Sirap Bandung dan Pandan wajib cuba. Rasanya memang unik!

Anda juga boleh memilih untuk cuba menu tempatan lain seperti mee goreng mamak, kuey teow udang, mee kari jawa ataupun roti canai.

Perut anda pasti penuh dengan setiap satu hidangan kerana ‘portion’ yang disediakan agak banyak. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar.