UMUM maklum aplikasi MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.
Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Terbaharu, Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan fungsi baru pada aplikasi itu yang membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.
Orang ramai kini boleh melaporkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dalam versi bahasa Melayu MySejahtera, akan ada butang baru 'Aduan', yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.
Warga prihatin boleh membuat aduan;
1. Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
2. Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
3. Pelanggaran perintah kuarantin dan
4. Isu-isu lain.
Baca juga Beri notis gangguan air 13 hari lebih awal, Air Selangor raih perhatian warga maya
Menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini, pengadu juga boleh memuat naik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP.
Moga langkah ini juga dapat mendisiplinkan masyarakat agar lebih waspada mematuhi SOP setiap masa bagi memutuskan rantaian Covid-19.