AIR Selangor memaklumkan bekalan air ke 998 kawasan di sekitar Lembah Klang dijangka mengalami gangguan secara berjadual selama empat hari bermula 13 Oktober hingga 16 Oktober 2021.

Gangguan itu adalah ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Air Selangor melalui Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. memaklumkan, kawasan itu melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula dari jam 9.00 pagi 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada 16 Oktober 2021, jam 9.00 malam.

“Bekalan air akan disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula jam 5.00 petang 14 Oktober 2021 secara berperingkat setelah kerja-kerja menaiktarat dan penyelenggaraan siap seterusnya sistem agihan bekala air distabilkan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9.00 malam, 16 Oktober 2021. Temph masa gangguan dan pemulihan bekakan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada j arak lokasi permis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Senarai lokasi yang dijangka terjejas adalah seperti di senarai hentitugas.airselangor.com.

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut difahamkan tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemasan air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

Iklan

Pelaksanaan kerja berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi talian 15300.

Iklan

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kebanyakan warganet tertarik dengan notis pemberitahuan awal 13 hari daripada tarikh berlakunya gangguan bekalan air. Rata-rata daripada mereka berterima kasih kerana mendapat masa yang cukup untuk melakukan persiapan awal seperti menyimpan stok air.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Air Selangor