Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas lumpuh 6 jam, terima 10.6 juta laporan seluruh dunia

Iklan
2

APLIKASI media sosial iaitu Facebook, WhatsApp dan Instagram dilaporkan beransur pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam jam.

BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui laman web mahupun pada aplikasi telefon pintar.

Iklan
Iklan

Baca juga: Beri Notis Gangguan Air 13 Hari Lebih Awal, Air Selangor Raih Perhatian Warga Maya

Iklan

Ketua Pegawai Teknologi gergasi media sosial itu, Mike Schroepfer mengatakan bahawa mungkin memerlukan sedikit masa untuk perkhidmatan Facebook"mencapai 100%".

Iklan

Dalam perkembangan terbaru, Instagram dan WhatsApp juga mengesahkan bahawa servis mereka kembali beroperasi di Twitter.

Downdetector  yang mengesan perkara itu lapor BBC, mencatat 10.6 juta laporan gangguan untuk ketiga-tiga platform media sosial berkenaan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada Mac 2019.

Ketika itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia selama lebih 24 jam yang dikatakan berpunca daripada konfigurasi server.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: BBC