Dhabitah kini pelajar UKM, pilih Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media

Iklan
1

TIDAK hanya mengukir prestasi yang baik di arena sukan antarabangsa, atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 22, kini sudahpun bergelar mahasiswa apabila memilih Universiti Kebangsaaan Malaysia sebagai institusi pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda.

Memetik laporan portal berita tempatan, terdahulu Dhabitah melanjutkan pelajaran dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan di Universiti Cyberjaya.

Iklan
Iklan

Baca juga: Gambar Lama Dhabitah Tular, Badan Dilipat Masa Berlatih, Warga Maya Luah Rasa Kagum

Iklan

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook rasmi UKM , atlet berbakat itu bakal mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

"Tahniah buat Nur Dhabitah Sabri, atlet Olimpik negara atas kemasukan ke UKM Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan," katanya.

Iklan

Baru-baru ini, Dhabitah yang berasal dari Kuala Lumpur hampir menghadiahkan negara pingat di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 Ogos.

Dia berada di tangga keempat dengan mengutip 326.15 mata sekali gus dianggap pencapaian peribadi terbaiknya di pentas Olimpik.

Baca juga: Tular Dhabitah guna pencuci muka lelaki, ramai tampil setuju elok untuk kulit

Dalam perkembangan berkaitan, rata-rata wargamaya menitipkan doa dan mengucapkan selamat maju jaya buat Dhabitah.

-"Tahniah Nur Dhabitah sebagai mahasiswa baru UKM. Sekurang-kurangnya ada satu lagi kursus pelengkap untuk menambah baik bidang kerjaya anda. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi."

-"Tahniah Bitah..selamat menjadi warga FSSK UKM."

-"Tahniah. Bukan biasa-biasa Olympian ni."

Selamat maju jaya buat Dhabitah dalam pengajiannya di UKM sekali gus menjadi inspirasi buat anak muda lain.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook UKM