PENAMPILAN pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sentiasa mendapat perhatian ramai.
Baru-baru ini, beliau kelihatan sering memegang dan mengusap bahagian perut mencuri perhatian dalam siaran langsung menerusi Instagram hingga mengundang spekulasi sudah berbadan dua.
Neelofa, 32, memilih untuk tidak menafikan mahupun mengesahkan spekulasi sedang berbadan dua.
Beliau malah berkata berita gembira yang dinantikan ramai itu pasti dikongsi pada masa yang sesuai.
Baca juga: [VIDEO]'Baby bump' Neelofa jadi perhatian di mahkamah, ramai ucap tahniah dan doa
"Soalan hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab. Saya pastinya mempunyai alasan tersendiri.
"Jika nak katakan desas-desus ini betul atau tidak, saya sendiri menunggu masa terbaik untuk berkongsi.
"Ia pastinya menjadi berita gembira atas doa orang ramai. Ini bukannya berita buruk untuk disorokkan," katanya kepada portal tempatan.
Baca juga: Adik Neelofa, Athisha Berjaya Tamatkan Pengajian Di UK. Pilih Sambut Majlis Konvo Di Rumah
Dalam pada itu, Dewi Remaja 2009/10 itu turut mengakui, ramai peminat teruja menanti berita kehamilannya.
"Sebagai orang dikenali, satu hal menarik apabila mendapat doa daripada orang yang tidak dikenali.
"Jadi, doa yang baik-baik. Saya perlukan semua doa ini untuk perlindungan," katanya.
"Kami baru kahwin dan masih dalam proses untuk membina kehidupan. Andai saya hamil, semestinya suami dan keluarga sangat teruja," tambahnya lagi.
Neelofa dan PU Riz atau Ustaz Muhammad Haris disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: tontonmy