DESAS desus yang mendakwa selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor kini sedang hamil semakin kencang selepas dilihat kerap memegang ‘baby bump’ ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.

Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu sesekali dilihat memegang perutnya dan sering dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail ketika berjalan.

Situasi tersebut jelas dapat dilihat menerusi siaran live di Facebook Sinar Harian sebentar tadi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pasangan selebriti itu hadir di mahkamah pada prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Mahkamah Seremban menetapkan sebutan semula kes Noor Neelofa dan suami pada 21 Oktober ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan susuk tubuhnya seperti wanita hamil selain hanya mengenakan kasut bertumit rata, namun sehingga hari ini belum ada pengesahan rasmi oleh Noor Neelofa tentang berita gembira tersebut.

Sementara itu, rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain mendoakan pasangan berkenaan.

Ujar mereka;

“Wah nampakla baby bump tu, tak lama nak jadi mami to be dah tu tahniah Lofa.”

“Rasa macam betul Lofa bakal jadi ibu mithali ni.”

“Perut dah nampak… macam lima atau enam bulan je.”

“Tahniah hajjah Neelofa dan suami… alhamdulillah.”

“Moga baik-baik sahaja bakal ibu dan ayah ini.”

neelofa

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Iklan

Baca juga Dua tahun terpisah daripada keluarga, Yuka Kharisma luah perasaan dalam lagu

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.

Iklan

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tahniah Neelofa dan suami!