PILU! Hati mana yang tidak luluh apabila melihat tubuh anak kesayangan berbirat sana sini.
Seperti baru-baru ini dua beradik mengalami kecederaan parah selepas disyaki disimbah air panas serta dicucuh api rokok dalam kejadian di Taman Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Johor.
Menurut ibu tunggal itu, kedua-dua anak lelakinya dihantar ke rumah pengasuh sejak April lalu dengan kadar bayaran RM800 sebulan.
Katanya, dirinya yang kematian suami terpaksa menghantar anak ke pengasuh kerana bekerja sebagai pembantu kedai. Dek kerana sibuk mencari rezeki dirinya hanya sempat berjumpa tiga kali.
Ujar Vikneswari, selepas berbincang dengan majikannya mengenai masalah untuk berjumpa anak, dia dinasihatkan membuat laporan polis.
Namun, setelah pengasuh mengetahui tindakan Vikneswari, mereka menghantar kanak-kanak terbabit menaiki kenderaan e-hailing pulang ke rumah ibunya.
Susulan itu, Vikneswari membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari pada hari sama anaknya dihantar pulang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan itu.
Katanya, tiga individu berusia 22 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu dikenakan tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.
Katanya, dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam iaitu B Mariamah, 60, dan anak perempuannya, R Deeba, 37.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 24 November depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Dalam pada itu, ini tip memilih pengasuh anak atau mencari tempat asuhan anak-anak;
1. Pilih pengasuh yang ada latar belakang yang baik. Caranya, bertanyalah dan lakukan 'interview' sendiri.
2. Cari pengasuh yang menjaga solat dengan betul. Bab ini korang kena pandai-pandai sendiri untuk menilai.
3. Cari pengasuh yang tiada anak kecil.
4. Dapatkan pengasuh yang ada anak-anak berjaya - contohnya anak belajar sekolah agama, jadi tahfiz, masuk IPT, jadi 'best student' dan sebagainya.
Baca juga "Lagi 1.6%...” KJ Saran Buat Ujian Kendiri Sebelum Rentas Negeri, Balik Kampung
8. Lihat juga apa yang disediakan untuk anak-anak; macam makanan, macam permainan, benda-benda untuk belajar. Selalu yang serius nak jaga anak-anak akan ada keperluan ini.
9. Adakan komunikasi berkesan antara korang sebagai ibu bapa dengan pengasuh, bina persahabatan; bukan anggap mereka seperti orang gaji yang dibayar semata nak jaga anak sahaja.
10. Untuk rumah pengasuh atau asuhan, lihat juga pekerja yang ada di situ. Pilih yang berdaftar.
11. Elakan dapatkan pengasuh yang jaga ramai anak-anak. Rumah asuhan, jangan lebih dari 15 kanak-kanak untuk tiga orang pekerja.
Sumber: hasrulhassancom