SEHINGGA Rabu (hari ini), kira-kira 1.6 peratus lagi perlu dicapai bagi menggenapkan angka 90 peratus populasi dewasa mendapat pelalian Covid-19 di negara ini.

Terdahulu kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus daripada populasi dewasa telah divaksin.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum menziarah ahli keluarga.

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

“(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” tulis Khairy di Twitter.

Bukan itu sahaja, beliau juga berkata, kini adalah masanya untuk setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

“Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya.

Kebanyakan warga maya memberikan reaksi positif terhadap ciapan tersebut. Rata-rata bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi untuk merentas negeri dan meminta harga kit ujian kendiri diturunkan.

–  “Elok beritahu awal supaya boleh plan nak book apa-apa. Ada nilai ekonomi kalau beritahu lebih awal.”

Iklan

– “Mohon pertimbang untuk turunkan harga test kit bawah RM10, sakit jugak kalau family ramai.”

– “Turunkan dulu harga self-test kit. Still expensive for some.”

Baca juga: [VIDEO] Wanita Tionghua ‘Review’ Van Jenazah Buat Ramai Kagum. Perincian Yang Dibuatnya Sangat Ringkas, Tapi Jelas

Iklan

Bagi korang yang ingin melakukan ujian kendiri, perlu memastikan kualiti sampel adalah dalam keadaan baik.

Elak memberus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut, tidak mengunyah gula-gula getah, tidak merokok atau vape serta segera kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman seperti air kopi.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @KhairyKJ