Sekolah sambil kerja angkat sawit, murid pendidikan khas raih perhatian warga maya

Iklan
Untitled design

TIDAK semua orang dilahirkan dalam kesenangan dan kemewahan wang ringgit, ada yang terpaksa bekerja keras sejak kecil untuk meneruskan kehidupan.

Kanak-kanak yang sudah diasuh dan dididik untuk membantu keluarga mempunyai potensi diri yang lebih besar untuk berjaya.

Iklan
Iklan

Berusaha membantu keluarga sejak kecil juga memupuk rasa bertanggungjawab dan pemikiran matang.

Iklan

Pendedahan yang dikongsikan seorang guru yang juga pengguna TikTok, Anetta Zaity tentang muridnya, Luth Fadli yang bekerja sambil belajar dengan angkat sawit meraih perhatian warganet.

"Bekerja sambil belajar. Tidak semua murid mewah, tapi dia mewah dengan budi bahasa," tulisnya.

Iklan

Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan juga difahamkan salah seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mempunyai masalah pembelajaran.

Biarpun gigih membantu keluarga, pelajaran tidak diabaikan. Apa yang membanggakan Luth Fadli juga dikatakan mempunyai rekod kehadiran terbaik di sekolah.

Ramai yang mendoakan kesejahteraannya dan berharap si cilik itu berjaya pada masa hadapan. Kudrat murid berkenaan juga diakui hebat kerana tidak semua mampu mengangkat tandan sawit yang berat.

 

Bahkan ada yang mengatakan kewujudan murid seperti itu kini jarang ditemui kerana kebanyakannya lebih tertumpu kepada gajet dan media sosial.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Pendidikan merupakan satu elemen yang sangat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Peranan pendidikan menjadi semakin menebal apabila ia menjadi wahana penting dalam mengubah hidup dan masa depan sesebuah keluarga.

Justeru, diharapkan kita terinspirasi daripada kisah ini dan tidak terleka menanamkan kepentingan pelajaran dalam diri anak-anak. Dalam masa yang sama, turut menitikeratkan didikan untuk berdikari.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @anetta_zaity